Anugerah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Pada 20 Februari 2012, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada Kerajaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D'Honneur (Commander of the French National Order of the Legion of Honour). Penganugerahan telah dilakukan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Perancis, Laksamana Edouard Guillaud di Kedutaan Perancis dekat Kuala Lumpur. Turut hadir ketika penganugerahan berlangsung ialah puteri Sultan, Tengku Zatashah dan Duta Perancis ke Malaysia Martine Dorance. Anugerah berprestij itu yang disampaikan kepada Sultan Selangor adalah untuk mengiktiraf peranan Sultan Sharafuddin dalam mentadbir angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan sebagai pemimpin tertinggi untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.[4]